Rumah Bung Hatta -Bukit Tinggi


Assalamualaikum

Bersiaran di blog baru nampaknya. BLOG LAMA dilupa jangan,....alahai sayangnya .

Ini ialah sambungan ke Bukit Tinggi bulan Mac lalu. 
Kami berkunjung ke rumah Bung Hatta hari terakhir di Bukit tinggi sebelum bertolak ke Kota Padang sebelum terbang balik pagi esoknya.

Sisi depan rumah Bung Hatta.

Cantik berjaga.

Rumah Bung Hatta ini lokasi kedua setelah kami ke Grand Canyon Indonesia iaitu Ngarai Sianok.
Menarik juga lawatan ke  Rumah Bung Hatta . Rumah dijaga bersih dan kemas . Gratis ya jika anda ke sini kecuali sumbangan kecil seikhlas hati untuk perbelanjaan ke atas rumah ini.

Kesibukan pasar pagi jelas dapat dilihat di beranda rumah di tingkat atas rumah kerana lokasinya betul-betul berhampiran pasar pagi. Jelas nampak aktiviti masyarakatnya dari sini. 


Ruang tamu .


Saiz rumah tidak terlalu besar tapi sederhana sahaja. Rumah dua tingkat dan terpisah rumah dapur dan  bilik air dibina di bahagian belakang rumah . Rumah untuk menyimpan padi juga kelihatan di bahagian belakang .Seperti kebanyakkan rumah masyarakat Minang yang lain padi disimpan di luar rumah.

Ruang tamu dapat dilihat setelah kita masuk ke dalam rumah. Bahagian ini terdapat dua buah bilik tidur  yang digunakan oleh dua oarang Paman Bung Hatta di sebalah kiri dan kanan ruang tamu ini.
Kemudian ada tangga keciluntuk  naik ke tingkat atas rumah.

Balkoni.


Bilik tidur Bung Hatta di tingkat atas.

Bilik Pamannya.

Dari pintu .

Bergambar kenangan .
Tak pasti  bahagian atas atau di bawah rumah.
Udah lama ....memori pun kurang.

Foto lama keluarga Bung Hatta bersama anak dan isterinya.
Wah ...jelitanya dia.

Orkid di taman menyerikan pandangan .
Tingkat atas tapi bahagian belakang.
Bangunan bercat putih di bawah merupakan dapur , bilik air dan garaj kereta.

Dinding dari  rotan.
Juga bahagian belakang rumah.

Pandangan dari balkoni atas. 
Orang ramai sentiasa sibuk.

Pasar pagi. 
Semua ada , sayur , buah , ikan .

Dari sini kami di bawa ke kota Padang melalui celah-celah rumah orang. Katanya nak bawa melihat rumah tinggalan Belanda.

Kebanyakkan rumah ada dibuat kolam ikan.


Jalan-jalan kecil.



Permisi dulu...nanti kita sambung lagi ya!




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenangan terindah sepanjang hidupku

Macam-macam cerita