Kenangan terindah sepanjang hidupku

Assalamualaikum.

Kenangan semasa mengerjakan haji ,musim haji 2018 yang lalu.

Setelah melaluinya barulah  mengetahui betapa hubungan selama lebih kurang 44-50 hari  bersama  sebilik menjadi begitu erat. Bila dikenang-kenang menjadi kenangan tersangat manis sekali untuk disebut dan diingati. Tak hairanlah kebanyakkan orang akan sentiasa teringat kenangan mereka semasa mengerjakan ibadah haji walaupun sudah lama berlalu.



Syukur, saya mendapat teman sebilik yang baik budi pekerti, bertolak ansur dan saling mengambil berat.
Kami ditempatkan berlima semasa di Mekah tetapi berempat di Madinah. Walaupun berpindah bilik sorang daripada kami tetapi Kak Yam akan ke bilik kami untuk ke masjid Dan sebagainya.

Di sini saya abadikan teman sebilik selama kami berada di tanah suci Mekah dan Madinah.




Berlima sebilik.

Hari terakhir  sebelum bertolak balik ke Malaysia.
Berlepas dari Lapangan Terbang Jeddah.
Sedih hendak meninggalkan tanah suci.
Bila pula akan menjadi tetamuNya semula.

Bersama Wak Su Dan suaminya.
Kami makan nasi Arab di Menara Safwa.

Bersama pasangan Wak dari Bagan Datuk.
Walaupun paling tua dalam bilik kami tapi gagahnya  beribadat. Kuat mengaji pula tu....tabik spring pada Wak Suratemi.

Bersama Ustazah Yah dan Kak Yam.
Dalam khemah di Arafah.
Bergambar pada  pertama sampai sebelum berlaku ribut pasir pada sebelah malamnya. Khemah yang besar , boleh muat 200-300 orang . 


Bersama Wak Su Dan Kak Yam di Masjid Nabawi.

Bersama Ustazah Yah yang menjadi tempat rujuk 
dalam bilik kami.


Di depan kubur Ma'la.
Tempat di mana bersemayamnya isteri baginda Rasullullah Siti Khadijah.

Masjid Nabawi selepas subuh.
Kami menunggu bumbung masjid dibuka.
Selalunya ketika waktu Dhuha.Kalau sebelah malam  pula pukul 12. Mungkin waktu Tahajud.
Waktu mustajab berdoa.

Di luar pula pun sama, waktu Dhuha payung-payung juga dibuka. Mungkin waktu sama dengan bumbung di dalam masjid dibuka.

Hadapan Jaafaria Sooq.

Untunglah kami, untuk ke Bazar Jaafaria hanya berjalan kaki sahaja Ari hotel di Janadriyah.
Hotel kami Qasar Janadriyah yang terletak bersebelahan dengan Hotel Tabung Haji yang menjadi pusat operasi( hotel TH yang paling besar). Dah lupa nama hotel....huhu.



Bergambar sakan...maklumlah ada yang baik hati tolong ambilkan gambar kami .Rupa-rupanya lepas kami bergambar dia pula nak bergambar di situ..hihihi.

Hujan air Batu.

Selama kami di Mekah , kerap berlaku hujan. Ada 3 Kali sepanjang di Sana.(Tidak termasuk ribut pasir semasa di Arafah)
Paling mengujakan suatu hari , bumi Mekah ditimpa hujan air batu pula. 

Berduyun-duyun orang ramai bermandi hujan .Ada yang menelan hujan air batu tu!


Rombongan kami di Masjid Quba.

Masjid Quba, masjid pertama dibina oleh Nabi di Madinah. Betulkan saya jika tersalah .
Besar pahalanya jika bersolat di sini seperti pahala mengerjakan umrah tapi dengan syarat berwuduk dari hotel. 

Lawatan ini adalah di hari-hari terakhir kami di Madinah sebelum pulang ke tanah air.


Comments

  1. Aip.dia masuk dalam blogspot yang ni pulak

    ReplyDelete
  2. Hai..nasib badan ada dua blogspot.sekejap masuk tang situ ,sekejap tang sana

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah Hajjah NR sekarang...

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah rezeki. smoga CT pun ada rezeki kesana menjadi tetamuNya =)

    ReplyDelete
  5. siapa laa yg rajin telan hujan air batu tu...x skt perut ke? ;-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rumah Bung Hatta -Bukit Tinggi

Macam-macam cerita