Posts

Kenangan terindah sepanjang hidupku

Image
Assalamualaikum.

Kenangan semasa mengerjakan haji ,musim haji 2018 yang lalu.

Setelah melaluinya barulah  mengetahui betapa hubungan selama lebih kurang 44-50 hari  bersama  sebilik menjadi begitu erat. Bila dikenang-kenang menjadi kenangan tersangat manis sekali untuk disebut dan diingati. Tak hairanlah kebanyakkan orang akan sentiasa teringat kenangan mereka semasa mengerjakan ibadah haji walaupun sudah lama berlalu.



Syukur, saya mendapat teman sebilik yang baik budi pekerti, bertolak ansur dan saling mengambil berat.
Kami ditempatkan berlima semasa di Mekah tetapi berempat di Madinah. Walaupun berpindah bilik sorang daripada kami tetapi Kak Yam akan ke bilik kami untuk ke masjid Dan sebagainya.

Di sini saya abadikan teman sebilik selama kami berada di tanah suci Mekah dan Madinah.




Berlima sebilik.
Hari terakhir  sebelum bertolak balik ke Malaysia. Berlepas dari Lapangan Terbang Jeddah. Sedih hendak meninggalkan tanah suci. Bila pula akan menjadi tetamuNya semula.
Bersama Wak Su Da…

Macam-macam cerita

Image
Assalamualaikun semua.

Hadapan kolej kediaman. 26 Jun 2018.
Bilik abang nun di tingkat 8.  Terima , jangan mengeluh. Excersice naik turun tangga setiap hari kan..


Abang dan abah.
Kenangan semasa hari interview . Syukur abang berjaya.

Shauqi, abang Izzat dan kakak Alia.
Semoga abang belajar betul-betul sehingga berjaya. Peluang di dalam gengaman .  Jangan sia-siakan. Good Luck!
Padang , Sumatera Barat - Mac 2018

Sebelum boarding.. Muka tak sabar nak naik kapal terbang
Nun di sana....... Dari jauh Jambatan Limpapeh.

Jambatan Limpapeh di Bukit Tinggi.  Tak sempat naik , hanya melihat dari jauh.

Nasi Padang  penuh meja.
Gambar sepupu  di Tasik Malinjau. Kami tak sampai di sini. Katanya di sini kena bayar untuk masuk bergambar. Puncak ini lagi ke depan dari tempat kami berhenti.
Tasik Malinjau 


Zoom dari pelantar sebelah Dari kiri Aiman, emaknya, Alia, Ain dan si bungsu Shauqi. Abang tak nak ikut.

Panggilan Haji

Image
Kenangan umrah Disember 2016
Assalamualaikum.
Macam mana nak mulakan ........ Berita gembira ini diterima seminggu sebelum Ramaddan lalu (2018). Pihak Tabung Haji menelefon ke talian rumah. Dah petang , dah lebih waktu pejabat rasanya dalam pukul 6 petang.
Perasaan hati ...hanya Allah yang tahu. Memula sambut telefon dah berdebar-debar bila tahu  dari TH. Syukur akhirnya tahun ini  akan ke sana untuk kerja haji. Menitis air mata kegembiraan . Bersyukur sangat bakal menjadi tetamu Allah . Sepuluh tahun menunggu akhirnya tiba giliran kami pula.
Tarikh berangkat ke sana pada 9 Ogos 2018 .Berlepas dari Terminal Haji Sepang.
Semoga perjalanan ini akan diberi Allah kemudahan , kesihatan yang baik dan mendapat haji yang mabrur.
Aminn.
@kenangantercatatdisini

Rumah Bung Hatta -Bukit Tinggi

Image
Assalamualaikum
Bersiaran di blog baru nampaknya. BLOG LAMA dilupa jangan,....alahai sayangnya .
Ini ialah sambungan ke Bukit Tinggi bulan Mac lalu.  Kami berkunjung ke rumah Bung Hatta hari terakhir di Bukit tinggi sebelum bertolak ke Kota Padang sebelum terbang balik pagi esoknya.
Sisi depan rumah Bung Hatta.
Cantik berjaga.
Rumah Bung Hatta ini lokasi kedua setelah kami ke Grand Canyon Indonesia iaitu Ngarai Sianok. Menarik juga lawatan ke  Rumah Bung Hatta . Rumah dijaga bersih dan kemas . Gratis ya jika anda ke sini kecuali sumbangan kecil seikhlas hati untuk perbelanjaan ke atas rumah ini.
Kesibukan pasar pagi jelas dapat dilihat di beranda rumah di tingkat atas rumah kerana lokasinya betul-betul berhampiran pasar pagi. Jelas nampak aktiviti masyarakatnya dari sini. 

Ruang tamu .

Saiz rumah tidak terlalu besar tapi sederhana sahaja. Rumah dua tingkat dan terpisah rumah dapur dan  bilik air dibina di bahagian belakang rumah . Rumah untuk menyimpan padi juga kelihatan di bahagia…