Kenangan terindah sepanjang hidupku
Assalamualaikum. Kenangan semasa mengerjakan haji ,musim haji 2018 yang lalu. Setelah melaluinya barulah mengetahui betapa hubungan selama lebih kurang 44-50 hari bersama sebilik menjadi begitu erat. Bila dikenang-kenang menjadi kenangan tersangat manis sekali untuk disebut dan diingati. Tak hairanlah kebanyakkan orang akan sentiasa teringat kenangan mereka semasa mengerjakan ibadah haji walaupun sudah lama berlalu. Syukur, saya mendapat teman sebilik yang baik budi pekerti, bertolak ansur dan saling mengambil berat. Kami ditempatkan berlima semasa di Mekah tetapi berempat di Madinah. Walaupun berpindah bilik sorang daripada kami tetapi Kak Yam akan ke bilik kami untuk ke masjid Dan sebagainya. Di sini saya abadikan teman sebilik selama kami berada di tanah suci Mekah dan Madinah. Berlima sebilik. Hari terakhir sebelum bertolak balik ke Malaysia. Berlepas dari Lapangan Terbang Jeddah. Sedih hendak meninggalkan tanah suci. Bila pula akan menjadi tetam